Friday, March 13, 2009

Terima Kasih, Abah!


Terima Kasih Abah,Aku sering memikirkan kemahiran yang Bah miliki. paling aku berbangga dia seorang ahli sukan pada usia mudanya, kepakarannya hebat dia boleh membaiki telefon itu sudah pastilah kerana dia berkhidmat dengan syarikat telekomunikasi,dia juga pernah menjadi pengadil,dia pernah menjadi anggota wataniah dan angkatan relawan rakyat, apabila usianya meningkat sedikit abahku menjadi tukang masak dimajlis orang kahwin.pendek kata dia ni serba boleh.Sekarang ni dalam usia 60 tahun setelah bersara dia seorang bilal..syahdu bila aku dengar abah azan di masjid terutama pada waktu subuh..dan bila masa raya bila bah bertakbir raya.Aku bersyukur kerana menjadi anaknya...ku sentiasa mendoakanmu abahku Haji Nordin bin Haji Abdul Razak.

No comments: