Friday, March 13, 2009

Terima Kasih, Abah!


Terima Kasih Abah,Aku sering memikirkan kemahiran yang Bah miliki. paling aku berbangga dia seorang ahli sukan pada usia mudanya, kepakarannya hebat dia boleh membaiki telefon itu sudah pastilah kerana dia berkhidmat dengan syarikat telekomunikasi,dia juga pernah menjadi pengadil,dia pernah menjadi anggota wataniah dan angkatan relawan rakyat, apabila usianya meningkat sedikit abahku menjadi tukang masak dimajlis orang kahwin.pendek kata dia ni serba boleh.Sekarang ni dalam usia 60 tahun setelah bersara dia seorang bilal..syahdu bila aku dengar abah azan di masjid terutama pada waktu subuh..dan bila masa raya bila bah bertakbir raya.Aku bersyukur kerana menjadi anaknya...ku sentiasa mendoakanmu abahku Haji Nordin bin Haji Abdul Razak.

Abahku

Untukmu Abahku : Terima Kasih atas kasih sayangmu terhadap diriku sejak dari kecil..Aku sentiasa mendoakan kesihatan abah.Semoga Allah memenjangkan usia Abah, memeliharamu dan memberkati setiap detik kehidupanmu.

Abah - Nordin Bin Haji Ab Razak

Malam ni insya allah bah akan datang ke JB, menaiki bas dari Johor.bah seorang yang sangat peramah, mudah berkomunikasi berbeza pulak dengan diriku.Sesekali aku lihat bah..aku sering mengkategorikan dia tu serba boleh.Diwaktu mudanya banyak aktiviti sukan yang disertainya yang menjadikan dirinya popular.

Tuesday, March 3, 2009

Terima Kasih, Ya Allah

Selalu ku sakiti Engkau dengan dosaku
Ku balas segala kebaikan-Mu dengan kekurangan
Tiada pernah ku menyedari semuanya
Bahawa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasihku Ya Allah atas indahnya hidup
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku Ya Rabbi atas rahmat dalam hidupku
Selalu ku tingalkan Engkau dengan khilafku
Ku balas segala kemurahan-Mu dengan keburukkan